Thursday, January 18, 2018

Kau tanak ikot laki ko ke duduk Qatar?




Assalamualaikum.

Ramai sebenarnya yang mintak aku rajin update blog.
Tapi seriously memang takda masa. Hehe.
Jadi korang boleh follow fb atau ig aku je ye. Tapi aku lebih banyak upload di Ig. Entah kenapa. Sebab Ig lagi best kot. Hehe.
Tapi bagi aku blog still releven lagi sekarang sebab apa2 benda pon aku still akan google dan akan keluar lah blog2 orang.
Jarang pulak nak carik info aku search kat fb walaupoon fb tu memang macam2 ada. Nak apa? Resepi? Tips rumah tanga? Tips dari doktor? Tips jaga anak? Eh semua lah ada.
Tapi macam payah la kan nak search kat fb. Lagi2 kalau ko nak search pasal travelling. Walaupon memang ramai update travel budget via facebook.

Kalau followers fb and ig memang tau lah kan yang sekarang aku ni tinggal berdua je dengan anak2 kat rumah. Husband aku keje kat Qatar sekarang.
15 January lepas genap la setahun dia kat sana.
Tapi 2 minggu sekali dia balik Malaysia. And luckily rumah kami dengan Klia 15min je. So takde lah susah sangat dia nak ulang alik kan.
Orang cakap dah macam travel KL-JB je dah laki aku ni.
Well tu je lah kelebihan kerja dengan Airlines.
Dapat beli tiket murah harga staff.
Kalau kerja biasa mungkin balik 6 bulan sekali kot.
Haaaa time tu mungkin aku akan consider untuk ikot dia duduk sana. Hahaha.

So sepanjang setahun ni memang famous soalan yang aku selalu dapat "Kau tanak ikot laki ko ke duduk Qatar?"

Macam yang aku cakap kat atas la. Laki aku balik 2minggu sekali.
So tak terasa sangat pon jauh.

Kalau korang nak tau awal2 masa dia nak apply kerja oversea memang plannya aku akan ikot dia.
Samada berhenti kerja atau amik unpaid leave 4 tahun ke kan. Duduk sana.
Kalau tak ikot duduk sana pon aku bercita2 nak berhenti keje and balik Johor.
Husband aku cakap ok. Gilir2 lah duduk Kota Tinggi kejap pastu duduk Pontian kejap.
That is the plan.

But well semakin masa berjalan, apa yang kita plan tu tak semestinya kita berjaya capai.
Bagi aku, Allah tu sebetul2 perancang.
So aku just ikut je the flow.

Lagipon aku tengok Qatar tu takde apa pon. Padang pasir je banyak. Lainlah Dubai. Hahaha!
Laki aku pon kalau cuti suka tido je.
Aku tau lah sebab masa dia keje Mas dulu asal ada masa rehat je dia membuta.
So biar je la dia duduk sana. At least dia tak payah pikir nak bawak bini dia ni berjalan mana.
Pastu aku pon tak stress nak tanya dia hari2 nak makan apa. Kahkahkah.

Aku dengan laki aku seawal umur 13 tahun dah duduk asrama.
Berdikari sendiri.
Duduk jauh dari family.
Habes spm aku belajar matrik Kedah pastu continue masuk UM tengah2 kl.
Boleh kira dengan jari berapa kali je aku balik Johor. Sampai lah sekarang ni dah 10 tahun aku duduk hutan konkrit ni. So aku memang dah biasa berdikari sorang2. Laki aku pon sama kot.
Kami bukan jenis anak manja. Heheh.

Buat masa sekarang aku selesa berkerja.
Anak2 aku, aku hantar rumah pengasuh yang InshaAllah elok budi pekertinya dan sayang anak2 aku macam anak sendiri. Sampaikan anak sulung tu selalu tanak balik rumah. Haha!
Dia jaga anak aku dua orang je. Pastu ada lah anak buah dia 2 orang tapi dah sekolah. Rumah dia pon selang sebuah je dengan rumah pengasuh aku.

Kadang2 aku terfikir ada ke orang anggap aku ni pentingkan duit je daripada ikot laki aku pergi Qatar jaga anak2? Hahahah!
Setakat ni aku tak pernah lagi dengar orang cakap2 belakang atau sampaikan kat aku macam tu.
Kalau ada pon lantak dia la situ.
Prinsip aku senang je. Selagi aku tak mintak duit dari orang tu selagi tu orang tu takde hak nak cakap pasal hidup aku.

Aku sebenarnya tak pernah amik tau berapa gaji husband aku kat sana. Haha! Masa nak sign up insurans dulu pon bila agent tanya anggaran kasar gaji laki aku, aku cakap tak tau. Tunggu kejap tanya dia sendiri.
Tapi aku rasa kalau aku tak keje InshaAllah laki aku boleh bayar semua.
Cuma kalau aku keje, kitorang boleh menyimpan lebih.
Gaji aku sekarang ni dua kali ganda dari gaji masa aku mula2 start kerja as Engineer dulu. Bos ok, officemate ok, environment ok. Apa lagi aku harapkan? Cuma jauh sikit je la.

Aku hidup dalam zaman serba kekurangan masa aku kecik2 dulu.
Jadi masa mula2 kawen aku selalu cakap dengan laki aku yang aku tanak anak2 aku rasa apa yang aku rasa dulu. Mak aku kerja kuat sampai kadang2 aku tak jumpa mak aku kat rumah.
Makan pakai apa adanya. Sampai aku jadi tak rapat dengan emak sendiri.

Jadi sekarang, walaupon aku kerja, aku nak kumpul duit supaya aku dapat bawak anak2 bercuti untuk eratkan hubungan kami. Wahhh ayat kau Wana standard karangan bahasa melayu Spm sungguh. Hahahahah.
Aku nak sediakan semua untuk anak2 aku. Aku tanak dorang rasa serba kekurangan.
But of coz la aku takkan manjakan dorang sangat. Sebab aku garang :P
Cuma aku nak bila dorang dapat achieve sesuatu benda dalam hidup, aku mampu bagi ganjaran pada dorang. Itu impian aku.

Laki aku pon tak pernah complain aku kerja. Dia lagi suka kot. Sebab kalau aku duduk rumah mesti dia stress sebab aku asyik whatsapp dia bila anak2 buat perangai. Hahahaha.
Dan dia tak kisah aku beli barang2 yang aku nak sebab duit aku sendiri.
Aku dah la jenis tak pandai nak mintak2 duit laki.
Even kalau kitorang keluar pergi Giant beli barang dapur pon sampai sekarang aku tak pandai nak amik macam2. Walaupon laki aku mampu bayar sekarang, tapi entah la. Aku ni kadang2 masih teringat2 keadaan masa kitorang susah dulu. Tu yang nak amik susu kotak pon kadang berkira2. Hahahah. Aku selalu pikir cukup ke duit laki aku nak beli macam2 ni. Nanti nak bayar tu nak bayar ni. Nak simpan lagi. Baik kan aku. Isteri solehah idaman dambaan suami. Kahkahkah.
Ni kalau laki buat perangai tak tau lah nak cakap apa lagi laki nak. Kikiki.

Tapi aku percaya laki aku. Bagi aku senang. Aku takkan check barang2 peribadi dia.
Masa mula2 kawen dulu selalu jugak buat spotcheck.
Sekarang ni password henpon dia pon aku selalu lupa. Mesti dia bengang je everytime nak unlock mesti aku tanya dia balik.
Username dengan password akaun maybank dia pon aku dah lupa. Haha. Serious weh.
Bukan tipu tapi memang aku ada banyak lagi benda nak kene pikir.
So benda2 sampingan camtu macam masuk dalam otak aku sekali lalu je pastu pooff! Hilang. Kahhhh

Aku percayakan dia. Kalau dia buat perangai itu dosa dia dengan aku sebagai isteri dan anak2. Dan dosa dia dengan Allah. Yang penting kene selalu doa supaya Allah sentiasa jaga hubungan kami sekeluarga.
Selagi aku tak tau apa2 aku ok. Aku ni senang. Jangan tipu aku. Aku ok.
Aku jenis malas nak stress2. Haha.
Aku ada simpanan sendiri. Simpanan anak2 pon aku buatkan.
Entah la. Aku banyak belajar dari pengalaman aku masa kecik2 dulu. Aku kalau boleh tanak anak2 jadi macam aku. Aku nak dorang happy. Dan aku sentiasa berusaha untuk jadi mak yang disayangi dan diperlukan oleh anak2. Chewah. Hahahah.

So plan sekarang ni biar lah laki aku cari duit kat sana dulu.
10 tahun ke 20 tahun ke tak tau lah.
Nak setel hutang2 kat Malaysia ni. Pastu nak buat rumah sendiri.

Wishlist aku sebelum umur 35 tahun :
1. Simpanan 6 bulan gaji
- Yang ni aku simpan dalam Tabung Haji.

2. Simpanan tetap setiap bulan.
- Yang ni memang tiap2 bulan dah autodebit Rm300 siap2 masuk asb.

Bab rumah tu biar lah laki aku yang pikir. Aku malas. Tapi rumah kene letak nama aku.
Wakakaka.

Apa pon yang kau buat; samada kau jadi surirumah atau berkerja bagi aku dua2 dapat pahala.
Bergantung pada niat kau. Kau jadi suri rumah jaga anak2 besar pahala.
Kau berkerja dengan niat nak bantu suami pon besar pahala. So rilek2 je.
Buat benda yang kau happy dan tak stress. Stress banyak2 pon cepat tua buat apa kan. Hahahha. Aku tanak. Aku nak jadi mak anak ramai yang nampak muda, kurus dan gojes. Kahkahkah.

Doakan aku rajen menulis la. Hahahah.
Best sebenarnya menulis ni. Aku suka.
Cuma kalau sempat je.

Oklah. Babai.




























With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, January 3, 2018

Cerita bersalin Aminah Nafeesa binti Nor Akram




Anak nak masuk 3 bulan dah baru nak up story.
Biasa lah kan. Mak is busy. Hehe.
Tapi cerita dia sentiasa segar dalam ingatan. Mana boleh lupa.
Kalau anak lima orang agaknya lima2 pon takkan boleh lupa.
Bertarung nyawa ok.

Kalau ikotkan kat buku pink, EDD Nina 7 october 2017.
Akram sampai Malaysia 3 October. So aku pon start cuti 3 October.
Malas la nak cuti awal2 kan. Sayang cuti. Aku keje swasta. Cuti 2 bulan saja.
Sambil2 tu berdoa supaya baby tak keluar awal. Kalau ikotkan kakak dia keluar ngam2 edd. Mak and kakak aku pon bersalin ngam2 edd gitu. Tu yang aku macam konpiden anak aku takkan keluar awal.
Tapi aku prepare lah jugak. In case baby nak keluar awal, aku plan ke hospital Putrajaya je since aku tinggal kat Salak Tinggi.

So lepas suami balik tu kitorang chill2 dulu jalan2 makan2 kat luar. Sebelum kene pantang. Hehe.
Hari Khamis 5 October kitorang decide nak balik Johor. Anak2 biar semua IC Negara Johor. Kahkah.
Mak ayah pon bangsa Johor kan :P
Walaupon takde apa kelebihan pon lahir kat Johor. Wakakaka.

Plan asal jugak aku memang nak bersalin kat Hospital Sultanah Aminah.
Masa Ameera dulu aku terpaksa bersalin Hospital Pontian. Boleh baca kat SINI.
This time memang nak bersalin hospital besar. Sebab utama? Aku nak painkiller. Kahkahkah.
Serik ok masa Ameera dulu tanggung sakit sorang2 tahan contraction 2 hari tanpa painkiller. Fuhhhh bila ingat balik memang tak tau lah camne boleh kuat time tu.

So disebabkan rumah kakak aku 5 minit je dari HSA so aku cakap ngan dia nak tumpang la rumah dia sampai bersalin. Dia ok je.

5 October 2017


Ready nak balik Johor :)

Sampai Johor dah lambat sebab singgah A Famosa outlet dulu shopping. Ekekeke.
Konon2 banyakkan berjalan bior cepat beranak.
Nan hado jugak.


6 October 2017

Jumaat. Still belum ada tanda2 nak bersalin.
Masa Ameera dulu 2 hari sebelum aku dah turun tanda. Darah sikit.
Tu yang terus kene tahan hospital walaupon bukaan baru 2cm.
Dah la 2cm tak gerak2 sampai 2 hari. Duduk dalam wad sorang2 gila bosan. Bertambah2 sakit aku. So Nina ni aku berazam nak bersalin kat HSA supaya kalau sakit sangat boleh request pain killer. Walaupon orang cakap takde membantu pon pain killer tu. Hahaha!
Kawan aku cakap request painkiller jenis inject kat peha ke bontot tah tu. Effective sikit. Kalau setakat gas tak membantu.

Malam tu still takda tanda2 nak beranak. Elok je aku bertenaga. Sampai dah tak tau nak makan apa lagi dah asyik pergi makan je. Hahaha.


7-9 October 2017

Still takde tanda2 nak beranak.
7 October tu due date aku.
Pagi tu aku pergi tumpang check up kat kk area rumah kakak aku. Doc bagi extra 6days. Kalau tak beranak jugak sila serah diri.
Dah la kk penuh gila orang. Datang lambat. Setengah hari jugak dok melanguk kat sana.

Dan disebabkan memang tak rasa nak beranak lagi, malam tu kakak aku ajak bawak budak2 main indoor game kat Tesco.
Dengan harapan aku pon berlari2 dalam tu pastu terus sakit nak beranak. Kahkahkah.





Tapiiiiiiiiiiii still baby tanak keluar. Hahahahahha!
Jenuh aku dok google cara2 nak bagi rasa sakit nak bersalin.
Orang suruh dok squat la apa lah macam la aku tak buat. pening nak layan.
Dah buat kot. Baby tanak keluar lagi jugak.
Orang dok wasap2 tanya dah beranak ke belom stress pulak aku.

Pastu 9hb tu aku ajak Akram round taman merdeka bawak ucil jalan.
Dok rumah bosan gila kot.
Sebelum tu aku suruh dia pusing2 area Nusajaya tengok projek lama aku kat sana.
Beli chakoi pemes kat area Hospital tu berkotak2. Hahahah. Selagi tak bersalin kan. Ko makan la sampai pengsan.




Orang tengok aku berjalan orang yang letih. Hahaha. Aku rilek je.
Bila aku cakap tengah tunggu hari je lagi lah orang terkejut.

Pastu aku cakap dengan Akram kalau esok 10 october tak beranak jugak moh la kita balik rumah mak dulu. Tak kisah la balik Pontian ke Sungai Ara ke asalkan balik mana2.
Bukan apa. Kesian pulak kat kakak aku. Haha. Menyibuk je kitorang ni.
Sebab plannya macam nak tumpang kejap je kan. Tak tau la sampai pos date berhari2. Hahahah!


10 October 2017

Sebenarnya malam tu dah ada rasa sakit sikit2. Tapi macam konpius jugak lah. Sebab masa Ameera dulu memang start 9 bulan ke atas dah sakit bahagian ari2 tu sampai jalan pon dah macam penguin.
Pastu turun tanda darah and start sakit kat bawah tu macam baby dah nak keluar tapi bukaan still 2 cm.
So yang Nina ni memang takda tanda langsung. Ketuban pon elok je takde leaking.

Actually 9 bulan peknen Nina memang dia kerap mengeras. Masa kakak dia dulu tak kerap mengeras. Tu yang aku macam risau jugak kot2 Nina nak keluar awal kan.
Tapi tawakal je la doa banyak2 dia keluar ikot tarikh dia.
Bila kakak aku tanya ada sakit tak aku pon jadi konpius nak jawab. Sebab selalu mengeras tapi tak sakit.
Kakak aku cakap contraction tu sakit kat bawah tu macam ada benda sondol2. Wakakaka.

So pagi Subuh 10 October 2017 aku bangun macam dah start rasa contraction dah.
Aku konpiden sebab sakit dia lain macam sikit.
So aku bagitau kakak aku macam dah sakit dah. Terus donlod contraction timer nak rekod sela masa dia.
Pastu kejut lah laki suruh dia beli breakfast. Aku terus mandi siap2 takot tiba2 sakit gila senang terus zass zass ke hospital.

Yang laki aku ni bangun boleh pulak leceh2 guling2 pelok anak dia.
Aku terus sound cakap dah sakit ni.
Terus bangun member. Hahahha!
Aku cakap aku dah mandi. Tolong beli breakfast dulu nak makan siap2 takot lapar.
So keluar lah laki aku pergi beli makanan.
Aku tunggu kat rumah je layan contraction.

Walaupon pagi tu baru start rasa contraction tapi dia terus kerap je.
Tak silap aku 10 minit sekali sakit datang.
Aku rilek2 lagi. Kakak aku cakap kalau dah 5 minit gitu pergi ler. Bior cepat masuk LR. Gittew.
Laki aku balik bawak lontong darat. Aku makan siap2 banyak2 bior banyak tenaga nak meneran. Haha!
Belajar dari pengalaman lalu ok.

Masa Ameera dulu pukul 9 malam baru ketuban pecah.
So sempat minum milo dengan makan biskut je. Tahan contraction sampai pukul 3 pagi ko bayangkan mana lah aku ada tenaga nak meneran. Tenaga bazir gitu je tahan contraction.

Dalam pukul 10 camtu laki aku tanya nak pergi hospital ke tak.
Aku cakap cepat lah siap2 aku dah sakit kerap ni.
Masa tu dah 7minit sekali sakit.
So cepat2 laki aku siap2 barang semua.
Mintak kakak aku jagakan Ameera kat rumah.
So kitorang laki bini pergi lah hospital.

Sampai HSA pukul 10.30 pagi kot terus pergi bahagian bersalin. Masa nak tunggu daftar tu dah sakit kerap dah.
Dah la ramai gila orang.
Bila akak kaunter tu tanya datang kenapa aku macam blur. Sebab sakit. Hahah!
Aku cakap dah nak beranak kot ni kak. Sakit ni.
Pastu dia suruh terus masuk dalam.
Laki aku turun bawah balik amik2 beg semua.

Sampai dalam kene tukar kain sebab nak check jalan semua.
Check2 pastu doc cakap dengan nurse eh dah 5cm ni. Cepat booking LR.
Masa tu aku dah neves gila. Hahahha! Tapi dalam hati dok jerit YESSSSSSSS! Dah 5cm. Sikit lagi nak 10cm. Ekekeke.

Tapi doc tulis kat buku dia aku baru 4cm. Tak tau lah kenapa. Dia cakap dengan nurse jalan aku dah 5cm tapi dia nak booking LR untuk 4cm. Entah aku tak berapa paham sangat. Lantok situ.

Pastu dorang start pasang ctg semua blablabla. Check heart beat baby blablabla.
Pastu doc decide untuk pecah ketuban sebab dah 4cm.
Siap lah ada doktor pelatih tanya2 kenapa doc pecah ketuban. Kenapa tak tunggu. Macam mana nak decide boleh pecah ketuban or biar pecah sendiri.
Pastu MO tu cakap lah kalau dah 4cm pastu bukaan tu macam aktif je dia akan pecah ketuban. Biar bukaan lagi cepat. Gitu lah lebih kurang dia cakap.

Tapi lepas dia amik sample air ketuban tu dorang macam cerita2 sesama sendiri benda2 medical yang aku tak paham.
Stress aku kat situ sebab banyak sangat medical term aku tak paham. Hahah!
Kejap itu kejap ini.
Yang aku paham kondisi air ketuban aku tu macam tak ok.
Pastu aku tanya nurse kat situ kenapa.
Dia cakap ketuban macam dah kotor sikit. Macam baby dah berak sikit.
Ahhhhh sudah. Tapi tengok doktor nurse semua rilek je aku syak still ok la kot.
Pastu siap dorang2 semua argue ketuban aku type berapa. Hahhaha! Pape je lah aku dah sakit ni.

Sebelum kene tolak masuk LR, aku pesan kat doktor siap2 aku nak painkiller yang cucuk tu nanti.
Doc cakap ok memang dia nak bagi pon masa dalam LR nanti.
Fuhhhhhhhhh lega dengar. Ekekeke.

Paling kelakar masa nak turun katil duduk atas wheelchair. Dah la tengah sakit.
Banyak kali aku cakap tunggu jap tunggu jap tengah sakit tak boleh gerak. Haha!
Serius weh masa sakit ko memang tak boleh nak bergerak.
Bila tengah tak sakit tu macam takda apa yang jadi je.

Pastu jumpa husband sekejap amik baju baby. Penat aku packing cantik2 satu zip lock bag tu.
Rupanya bawak baju baby (seluar tak payah), pampers sekeping dengan bedung. Tu je.

Pastu terus kene tolak pergi LR. Husband aku setelkan urusan daftar.
Sampai2 LR kene tunggu kejap sebab orang sebelum tu belom siap jahit lagi.
Ya Rabbana aku dah sakit ni. Hahahha! Gila penuh ok bilik bersalin. Sabo je la.

Tunggu dalam 10 minit camtu kot. Pastu dapat masuk.
Masuk2 LR je doc on ctg semua. Nurse tanya ada minum selusuh ke sebab contraction kuat.
AKu cakap memang takde lah.

Teringat masa Ameera dulu. Berkali2 jugak nurse tanya ada amik selusuh tak sebab contraction tinggi tapi jalan tak bukak. Aku cakap memang tak minum pape pon. Memang aku jenis sakit contraction kuat kot. Sabo je lah.
Pastu check2 heart beat baby tak cantik. Pasang kat perot bacaan tak cantik.
So dorang amik bacaan lalu bawah.

Masa ni aku dah tak sempat nak tengok jam ke apa pukul berapa semua.
Bila nurse check bukaan alhamdulillah banyak progress. Kejap je dah 6cm pastu 7cm patu 8cm.

Sakit makin teruk. Macam biasa nurse akan pesan jangan teran dulu.
Masalah dia sekarang takda orang pon nak teran. Dia yang akan terteran sendiri.
TER ok!
Takde niat pon. Hhahahah.
Sapa yang pernah rasa tau lah perasaan tu macam mana. Tak boleh nak explain.
Siap aku kepit2 lagi kaki nak tahan sakit. Siap kene tegur dengan nurse jangan kepit nanti baby tak boleh turun. Fine!

Naseb baik husband dapat masuk LR dari awal tau.
So aku pon mengada2 la cakap sakit sakit. Hahahah! Bior laki ko tau betapa sakitnya nak bersalin. Jangan tau buat anak je. HAHAHHAHAHA!
Pastu dah tak tahan sangat aku cakap ngan nurse nak painkiller yang cucuk tu.
Tau nurse cakap apa?
"TAK BOLEH LA PUAN. HEART BEAT BABY TAK CANTIK. KALAU AMIK PAINKILLER TAKOT BABY LEMAH"

Ya Rabbana aku masuk HSA ni sebab nak painkiller tapi tak dapat jugak. KAHKAHKAH.
Pastu nurse bagi aku gas.
Dia pesan sedut bila sakit je. Ahhhhhhhh aku dah tak tahan ni.
Aku main sedut banyak2 kali. Kakaka.
Mula2 tu ape kejadah gas ni takde effect langsung pon.
Sakit je aku rasa. Tapi bila dah lama2 sedut tu baru lah rasa lalok sikit.
Tapi dia rasa lalok je. Sakit tetap sakit ok. Tak berkurang pon. Hahahah!
Pastu aku sedut je banyak2. Lantak la nurse cakap sedut bila sakit je. Aku tak tahan dah.

Nangis2 cakap kat laki sakit nya tak tahan dah.
Yang laki suruh selawat banyak2 bertenang blablabla aku macam nak cepuk mulut dia. Hahaha.
Pakej tiba2 pinggang aku sakit gila pulak pehhh meleleh air mata.

Pastu dalam pukul 12 lebih tengah hari camtu kot (aku tibai je tak sempat tanya laki pukul berapa. hahaha) ada doktor India perempuan masuk check bukaan. Pastu dia cakap tunggu kejap.
Pastu dia sound kenapa tak amik pil perancang. Pastu aku cakap tak sempat amik. Pastu dia cakap lepas pantang je terus amik blablabla.
Dia sorang je spoil. Orang lain semua baik.
Masa tu laki aku kene panggil pergi mana tah.

Pastu tak lama lepas tu nurse check jalan tiba2 dia cakap eh ni dah full ni. Pasal apa doktor India tadi tak bagi bersalin blablabla. Pastu dia tanya ada bawak air selusuh tak. memang tak lah.
So dia bagi air masak segelas suruh laki aku masuk dalam baca2 sikit and bagi aku minum.

Pastu dia terus panggil pakar bersalin (apa nama dia tah aku panggil pakar bersalin je sebab pakai baju biru :D)
Yang kelakar nya bila doktor tu dah masuk dia cakap la ok dah boleh meneran ye puan. Bila semua orang dah standby tiba2 aku cakap eh kejap doktor. Tiba2 tak sakit pulak. Hahhahahah.
Pastu semua macam fine turun balik kaki tu rilek2 dulu. Haha.
Tu sekali. Tak berjaya meneran sebab sakit tak jadi.

Second time tu bila dah rasa datang surge tu aku cepat2 angkat kaki cakap okey doktor dah datang dah sakit ni.
Pastu semua standby lah buat apa yang patot.
Masa tu dalam LR tu ramai gila orang sebab nurse2 praktikal pon ada sekali dalam 4 ke 5 orang camtu.
Dah macam pom pom girl dah. Haha!

Alhamdulillah second time meneran tu berjaya lah keluar seketul baby girl.
2.9kg je tak besor pon. Hihi.
Actually second time meneran tu pon macam hampir tak berjaya. Sebab dah habes nafas. Pastu siap teringat pernah baca kene curi nafas semua sambung meneran supaya baby tak masuk balik ekeekeke.
Tak sangka pulak berjaya buat camtu. Curi nafas and teran kuat2 buat kali terakhir dan Poofffff! Nurse jerit "Bagus puan! Baby dah keluar"
Pukul 1 tengah hari masa tu.

Fuhhhhhhhhh lega gila time tu.
Pastu doktor terus keluar setelkan kes lain. Tinggal lah aku bersama nurse2 lain.
Nurse amik baby bersihkan, timbang semua sekali pastu dia bagi aku balik untuk skin to skin bonding dengan  baby.
Masa ni macam nak nangis sebab masa Ameera dulu takde macam ni. Sebab baby susah keluar so lepas baby keluar je terus dorang bawak lari pegi mana tah.
This time memang rezeki Nina dapat pelok2 mak dia dulu. Ehehehe.
Pastu ayah dia azankan. Pastu nurse amik balik nak balut2 badan dia :D

Pastu macam biasalah keluarkan uri dan jahit.
Still kene jahit sebab nurse cakap aku terangkat punggung. Dia cakap kalau tak angkat punggung memang tak kene jahit langsung. Dah aku tak perasan langsung angkat ke tak angkat.
Dalam pikiran masa tu dah sakit sangat nak beranak cepat2. Ekekeke.

Masa jahit tu laki dah kene keluar dah.
Pastu proses menjahit bermula. Dalam tu ada 5 nurse. Sorang sister baju biru India. Dia ni hebat gila dah ada master in nursing tengah nak sambung phd. Pastu nurse biasa sorang. Nurse pelatih 3 orang.
Seronok la ada teman borak2 sepanjang kene jahit tu.
Siap sister tu cakap awak nak tips beby boy tak? Hahahha!

Aku cakap bagi je lah. Nanti lagi 4 tahun aku praktikkan.
Eh dia boleh cakap apa pulak 4 tahun. 2tahun dah boleh dah. Normal kan.
Wahhh kemain kau ya sister. Kalau laki aku depan mata takpa. 10 pon okey. Hahahahah! Laki jauh der. Kita rehat dulu la. Besarkan dua beradik ni dulu. Pergi jalan2. Pastu baru bagi adik baru. Kemahin ko plan kan Wana.


Fresh from oven


Bagi aku kene jahit tak sesakit contraction. Jahit ada dua bahagian. Untuk kulit dalam dia akan bius so tak rasa apa pon. Untuk kulit luar memang takda bius. Nurse siap pesan masa nak jahit kulit luar tu "maaf ya puan, sakit sikit kulit kuar ni. Eh sakit banyak" 😂😂
Memang rasa la benang kene tarik jahit kulit luar tu 😁😁
Tapi bearable je sakit dia. Nurse pon banyak cerita gelak2. Cerita pasal kawen la, laki la, pakwe la. Best je aku layan. Hehehe.

Lepas jahit part paling mengerikan bila kene seluk jalan balik.
Ko bayanglah baru lepas jahit. Pastu dia check jalan. Bukan sekali. Tapi dua kali ok!
Hahaha! Dua kali sebab mula2 nurse buat. Pastu doc masuk buat lagi sekali Ya ampun neves mak tau. Terkepit2 dibuatnya. Kakakaka.

Pastu dah siap semua masuklah dalam wad. Pastu petang tu suami datang dengan mak kakak semua bawak Ameera. Ameera nampak aku buat bodo je cissssssss. Dia boleh buat tak kisah mak dia masuk sepital. Huh.
Malam tu laki aku cerita elok je dia tido takde mengigau2 apa semua.
Takde pon dok carik2 aku.
Sampai lah sekarang tido tido malam elok je takde dah bangun malam carik susu.

Masa pregnant memang hari2 aku doa tiga benda

1. Sakit contraction sekejap, Senang bersalin, dapat doktor and nurse baik2.

Betul2 sakit start 10.30am. Selamat bersalin pukul 1 tengah hari. Baca macam senang dan cepat kan. Padahal masa 8cm ke atas tu Allah je yang tahu macam mana perasaan dia menanggung sakit. Rasa nak tendang semua orang. Haha. Keep on tarik nafas, zikir. Owh btw satu teknik yang aku rasa boleh kurangkan sakit. Masa contraction tu ko tarik nafas dalam2 pastu angkat punggung tinggi. Aku tak tau la kenapa aku ada idea buat camtu tapi it is really works on me. Pastu rupanya masa kawan aku nak bersalin, nurse pon ajar dia buat camtu masa contraction. Hehe.

2. Kene tahan wad sekejap je sebab kesian kat Ameera.

3. Ameera tak buat perangai, belajar berdikari, nak duduk dengan semua orang yang jaga dia.


Alhamdulillah Allah makbulkan.

Terima kasih Ya Allah :,)








Family photo :)


babai.
























With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, August 22, 2017

Akhirnya batuk pergi juga




Akhirnya setelah hampir dua bulan aku batuk. Now boleh kata tinggal 2% je batuk2 manja gitu. Haha.
Stress tau sebab batuk lama sangat.
Jenis batuk sampai perot kau rasa macam nak krem. Pinggang sakit sangat. Paling tak boleh bla asal batuk je terkencing sekali. Hahahahah serius weh. Menyampah sangat.

Aku start batuk seminggu lepas raya. Masa tu demam teruk.
Pergi la satu klinik ni. Klinik swasta tempat biasa aku scan baby. Masa tu Akram baru sampai Malaysia. Dia naik teksi ja sebab aku memang tak larat langsung nak bangun.
Pergi klinik dapat lah ubat demam, batuk, cuci mulut semua tu.
Bila demam dah baik batuk tak baik2.

Sampai ubat habes pon tak baik2.
So masa check up baby 28w kat KK, aku cakap ngan doktor aku batuk tak baik2.
So doktor bagi sejenis ubat pil ni.
Tapi ubat tu langsung tak bagi kesan apa. Kurang sikit pon takda.
Stress betol aku.

Bila ubat tu dah habes kawan aku suruh carik klinik specialist untuk ibu dan anak swasta.
Aku google2 tak jumpa pulak.
Lepas tu tanya member area rumah aku ni mana klinik yang ok area Nilai/Salak Tinggi ni.
Dia pon Suggest la Klinik A ni. Dia cakap biasa doktor klinik tu pandai sikit prescribe ubat.
Ok lah fine aku try pergi.

Balik keje penat2 tunggu sampai 8.30 malam after dorang rehat.
Mesej pengasuh cakap nak amik anak lambat sikit.
Sampai turn aku jumpa doktor macam biasa lah aku cakap dah lama sangat aku batuk. Tak baik2.
Pastu aku pregnant pulak 7 bulan.
Aku tunjuk kat dia ubat2 yang klinik pernah bagi.
Tup2 tau dia cakap apa?

"eh kk bagi awak salah ubat ni. Patot lah batuk awak tak baik2"

Aku macam what? Boleh pulak doc bagi salah ubat.

Dia cakap ubat tu ok tapi tak boleh makan gitu je. Kene makan dengan partner dia. Baru elok.

Pastu ko tau dia cakap apa?

"Klinik ni takde ubat untuk ibu mengandung. Awak pergi je Farmasi beli ubat batuk"

Aku macam hello kalau setakat nak pergi farmasi tak payah susah payah tunggu turn kat klinik kau. Pastu aku tanya lah doctor takde ke nak prescribe ubat untuk saya.

Dia cakap takpe2. Awak pergi je farmasi. Sama je semua ubat batuk tu.
Aku tanya lagi apa paling bagus.
Dia sengih2 cakap sama je. Paling mahal paling bagus.
Paling best dia tak check aku langsung tengok kenapa batuk aku tak baik2.

Whatever lah. Aku terus pergi farmasi beli ubat.
Farmasi bagi satu jenis pil macam herba dengan ubat minum.

Pon sama lepas seminggu ubat habes batuk aku tak baik2. Sampai stress aku.
Haha!
Sampai mesej ngan laki pon hari2 emosi sebab batuk teruk.

Last2 kawan aku bagi alamat klinik swasta specialist kat serdang.
Actually dia biasa bawak anak dia je pergi jumpa doc kat sana.



So lunch hour aku pon kedek2 pergi sana.
Kawasan sana payah dapat parking sebab area apartment. Tapi naseb aku baik haritu. Ngam2 aku sampai depan klinik ada satu kereta keluar. Rezeki. Hehehe.

MAsuk2 klinik je penuh! Pastu semua chinese. Hahaha! Aku je melayu.
Ramai yang ada appointment dengan gynae.
Bila nurse kaunter nampak aku pregnant dia tanya ada buat appointment tak.
Aku cakap takde. So dia cakap klinik tu based on appoinment je. Aku pon macam frust la jugak mula2.
Pastu dia tanya sakit apa. Aku cakap nak jumpa doc biasa je sebab batuk tak baik2.
So dia pon bagitau kalau camtu takpe x payah appointment. Terus jumpa doc nanti. Yang appoinment yang dengan gynae je.
Lain2 termasuk kanak2 boleh datang macam biasa. So ok lah. Tak lama lepas tu nama kene panggil.

Doktor lelaki chinese.
Macam biasa lah aku cakap batuk tak baik2.
Pastu aku cakap klinik dia tu yang keempat aku pergi. Tak tau dah nak pergi mana.
Nampak dia concern sangat sebab tengok aku dah sarat kan. Siap cakap takkan nak batuk sampai pantang. Naya nanti. Hahaha.

So dia check2 tengok tak demam apa.
Check tekak, tekak aku tak merah. Dia tanya pernah buat test darah tak aku cakap tak pernah.
Pastu check paru2 semua.
Dia cakap semua ok.
Cuma dia cakap mungkin aku ada allergik something.
Aku tak tau camne nak explain guna ayat dia. Hahaha.

Tapi maksud dia aku takde asma. Tapi macam ada allergik nak ke asma. gitu lah.
So dia cakap takpa. Dia bagi ubat dulu. 5 hari kalau tak baik datang balik nanti dia buat test lain.
Dia bagi 3 jenis pil. Kebanyakannya pil allergik. Ada satu je yang kene habeskan.
Lain2 kalau dah baik x payah makan dah. Pastu ubat minum. Pon minum kalau malam2 batuk teruk je. Kalau tak, tak payah minum.

Pastu doktor pesan suruh pantang makan. Pedas, masam, coklat, minuman coklat, buah, semua jangan makan dulu. Sayur2 ok. Dah la semua tu favourite. Hahaha!
Aku memang tiap2 malam minum susu kambing letak vico sikit :P
Pedas tu ya ampun hari2 lunch makan sambal belacan hokeh! Kahhhh.
Pastu tido kipas atas jangan pasang. Pakai aircond ok tapi kene 26 je. Hahaha.
Kalau korang jenis pakai kipas atas je cuba on kipas bawah pusing tu. Sebab atas tu direct sangat ke dada kan.

And now taraaaaaaaaa. Alhamdulillah baik dah batuk aku. Happy gila weh.
Kalau tak malam2 tak boleh tido. Asyik batuk sampai krem pinggang T________T
Daripada kene pakai pad maxi now dah boleh pakai pantyliner balik.
Wakakakakaka.

okbabai.












With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal